NADI Nanga Risau

TARIKH30 NOVEMBER 2025
MASA
LOKASINADI NANGA RISAU

Pn. Queena Flo-Jo Anak Bajut, peserta NADI X Keusahawanan Cohort 2, terpilih menyertai NADI Preneur Keusahawanan Bootcamp di Sibu. Beliau aktif mengikuti program keusahawanan SSO di NADI Nanga Risau untuk menguatkan asas ilmu — dari memahami fundamental bisnes sampai teknik promosi online dan offline yang lebih strategik.

Hasil usaha dan kesungguhan, Pn. Queena kini semakin menyerlah sebagai usahawan kraftangan. Beliau bukan saja mempamerkan produk di pusat NADI, malah berani membuka booth di pelbagai lokasi sekitar Sarawak untuk meluaskan pasaran. Setiap langkah diambil menunjukkan keyakinan dan komitmen beliau untuk mengubah ekonomi keluarganya.

Kisah Pn. Queena membuktikan bahawa dengan peluang, bimbingan yang tepat dan keberanian mencuba, seorang surirumah juga mampu bangkit, berdikari dan berkembang sebagai usahawan yang berdaya saing. Semangat macam inilah yang menjadikan komuniti kita semakin kuat.

https://www.facebook.com/share/v/17f2MJLjAg