| TARIKH | 23 Disember 2025 |
| MASA | 9:00 pagi – 4:00 petang |
| LOKASI | NADI Nanga Risau |
Sepanjang tempoh cuti sekolah, NADI Nanga Risau telah melaksanakan beberapa program berimpak tinggi bertujuan mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah serta meningkatkan tahap literasi digital, keselamatan siber dan perancangan masa depan dalam kalangan peserta.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Cybersecurity – Siri EduSiber, yang memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai keselamatan siber, ancaman dalam talian serta amalan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.
Selain itu, Program Tiny Techies turut dianjurkan dengan pengisian aktiviti interaktif termasuk sesi kuiz yang merangsang pemikiran kritis serta minat kanak-kanak terhadap teknologi digital.
Program KidVenture Live Webinar pula memberi ruang kepada peserta mengikuti pembelajaran secara dalam talian yang bersifat santai namun berinformasi, selari dengan pendekatan pembelajaran digital masa kini.
Dalam usaha memupuk kesedaran penggunaan internet secara selamat, Kempen Internet Selamat (KIS War) telah dilaksanakan sebagai satu program khusus bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko dalam talian serta langkah-langkah perlindungan diri di alam digital.
Di samping itu, Webinar DILEA: Halatuju Selepas SPM turut dianjurkan bagi membantu pelajar memahami pilihan laluan pendidikan dan kerjaya selepas tamat persekolahan, sekali gus memberi panduan awal dalam perancangan masa depan mereka.
Secara keseluruhan, pelaksanaan program-program sempena cuti sekolah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta. Pihak NADI Nanga Risau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai serta memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan komuniti yang celik digital, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran era teknologi.






