| TARIKH | 9 – 13 Februari 2026 | |
| MASA | 9:30 pagi -4:30 petang | |
| TEMPAT | NADI Nanga Risau |
Pada minggu kelima, peserta mengikuti latihan kemahiran lanjutan yang merangkumi bidang jahitan, baiki gajet dan pertanian pintar. Mahir Jahit melibatkan penyediaan dan jahitan draf pola kurung pesak dengan penekanan terhadap ketepatan ukuran dan kemasan.
Selain itu, peserta Mahir Baiki Gajet didedahkan kepada kerja-kerja penyelenggaraan gajet Android, termasuk proses membuka dan memasang komponen asas dengan kaedah yang betul dan selamat. Dalam Mahir Pertanian Pintar pula, peserta menjalankan aktiviti semaian benih terung menggunakan teknik yang sistematik bagi memastikan pertumbuhan benih yang optimum.
Pelaksanaan aktiviti pada minggu ini bertujuan meningkatkan tahap kecekapan, ketelitian serta kemahiran praktikal peserta secara menyeluruh.



