Kami di NADI Nanga Risau amat berbesar hati menerima kunjungan YB Friday Belik, ADUN N.39 Krian, pada 26 November 2024. Lawatan ini menandakan sokongan berterusan beliau terhadap pembangunan komuniti setempat.
NADI Nanga Risau, yang baru sahaja siap dibina dan mula beroperasi dua minggu lalu, adalah hasil daripada peruntukan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti komputer riba dan Bilik Kuliah yang serba guna untuk mesyuarat, kursus, latihan, dan aktiviti-aktiviti berkaitan.
Diharapkan dengan adanya pusat NADI yang diilhamkan oleh YB Friday Belik ini, penduduk setempat serta rakyat di DUN N.39 dapat memanfaatkannya sepenuhnya untuk pelbagai tujuan yang berfaedah. Terima kasih diucapkan kepada YB Friday Belik atas lawatan mesra ini dan sokongan yang berterusan.





