NADI Nanga Risau

TARIKH 17 JANUARI 2026
MASA2.30 – 3:30 PETANG
TEMPATNADI NANGA RISAU

🎮 E-SUKAN BUKAN SEKADAR SKILL, TAPI ETIKA & SIKAP

Program e-sukan bertajuk “Etika & Sikap Pemain E-Sukan” telah berjaya dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap nilai disiplin, sikap profesional dan adab sebagai pemain e-sukan.

Peserta didedahkan dengan kepentingan kawalan emosi, semangat kesukanan, kerja berpasukan serta tanggungjawab sebagai pemain, sama ada dalam pertandingan mahupun di luar permainan.
Program ini bertujuan melahirkan pemain e-sukan yang bukan sahaja mahir bermain, tetapi juga berintegriti dan beretika 🌟

💬 Pemain hebat bukan diukur melalui kemenangan semata-mata, tetapi melalui sikap dan nilai diri.