NADI Nanga Risau

TARIKH 3 -13 Februari 2026
MASA9:30 pagi – 12:00 tengah hari
TEMPATNADI Nanga Risau

NADI EmpowerHer

Memperkasa Usahawan Wanita Melalui Ilmu & Inspirasi Digital

NADI EmpowerHer merupakan sebuah inisiatif pembangunan keusahawanan yang memberi fokus kepada pemerkasaan wanita dalam dunia perniagaan. Program ini menyediakan kelas live webinar dan sesi podcast yang dirangka khusus untuk membantu usahawan wanita meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing dalam era digital.

Melalui perkongsian oleh penceramah berpengalaman dan penggiat industri, peserta akan didedahkan kepada strategi perniagaan, pemasaran digital, pengurusan jenama serta kisah inspirasi kejayaan usahawan wanita. Pendekatan interaktif dan kandungan berimpak tinggi memastikan pembelajaran yang praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.

NADI EmpowerHer bukan sekadar platform pembelajaran, malah ruang sokongan dan jaringan untuk wanita bangkit, berkembang dan berjaya bersama.