| TARIKH | 21 & 23 Januari 2026 | |
| MASA | 3:30 – 4:30 petang | |
| TEMPAT | NADI Nanga Risau |
๐ป TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL
NADI x Kesedaran | Kempen Internet Selamat
Taklimat Pengasuhan Digital telah berjaya dilaksanakan pada 21 & 23 Januari 2026 secara atas talian dengan penyertaan seramai 6 orang peserta ๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆโจ
Program ini memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga tentang peranan penting mereka dalam melindungi serta membimbing anak-anak ketika melayari dunia digital yang semakin mencabar ๐โ ๏ธ
Antara fokus utama taklimat ialah kesedaran keselamatan internet, kawalan penggunaan peranti dan komunikasi sihat antara ibu bapa dan anak.
Walaupun dalam kumpulan kecil, sesi berlangsung dengan interaksi yang baik, perkongsian bermakna dan perbincangan yang membuka mata ๐ฌ๐ฑ
Diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian demi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan seimbang.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan menyokong usaha NADI dalam memperkukuh kesedaran digital komuniti ๐โจ





