NADI Nanga Risau

“Upgrade Diri Sebelum Masuk Fasa Baru”
Persediaan Lepasan SPM ke Alam Pendidikan Seterusnya

Tahniah kepada semua alumni Tingkatan 5/2025 yang telah menamatkan peperiksaan SPM! 🎓
Sementara menunggu langkah seterusnya sama ada ke Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau laluan lain — inilah masa terbaik untuk bersedia dari segi mental, emosi dan perancangan diri.

Jom sertai sesi khas ini untuk mendapatkan panduan jelas tentang persediaan selepas SPM supaya anda lebih yakin melangkah ke fasa baharu kehidupan. ✨

👩‍🎓 Sasaran Peserta:
Alumni Guidance Tuition Tingkatan 5/2025

📅 Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 3.30 PM – 4.30 PM

🎯 Objektif Webinar

Pada akhir sesi, pelajar akan dapat:
✅ Memahami cabaran fasa baharu selepas SPM
✅ Membuat persediaan mental dan emosi sebelum sambung belajar
✅ Mengetahui kemahiran penting untuk alam pengajian seterusnya
✅ Mengurus masa menunggu keputusan/kemasukan dengan lebih produktif
✅ Membuat persediaan kewangan dan dokumen penting

📲 Cara Akses Kelas

1️⃣ Kunjungi NADI berdekatan anda
2️⃣ Log masuk ke LMS : dilea.nadi.my
3️⃣ Pilih course: 2025 NADI TUISYEN RAKYAT ALUMNI
4️⃣ Skrol ke bahagian: REUNITE 4TH SESSION
5️⃣ Klik pautan Google Meet & akses bahan pembelajaran
6️⃣ Jangan lupa tekan butang Kehadiran 📝

⚠️ Penyertaan adalah khas dan terhad kepada Alumni Guidance Tuition Tingkatan 5/2025 sahaja.

✨ Jangan biarkan masa selepas SPM berlalu tanpa arah — gunakan peluang ini untuk upgrade diri sebelum melangkah ke fasa baharu!