NADI Nanga Risau

TARIKH29 SEPTEMBER 2025
MASA10:10 PAGI – 12:10 TENGAH HARI
LOKASISK KLUA

29 September 2025 menjadi tarikh bermakna apabila SK Klua dipilih sebagai lokasi penganjuran Kempen Internet Selamat (KIS) yang menghimpunkan seramai 32 orang pelajar. 👦🏻👧🏻✨
Suasana penuh ceria dan semangat jelas kelihatan apabila para peserta begitu aktif menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.

Program anjuran NADI Kluster Saratok & Kabong dengan sokongan padu pihak sekolah ini bertujuan membuka minda pelajar tentang betapa pentingnya menggunakan internet secara bijak, selamat dan beretika. 🙌📚

Antara pengisian menarik sepanjang program:
✅ Literasi digital asas
✅ Had umur penggunaan media sosial
✅ Risiko & bahaya media sosial
✅ Alternatif sihat dalam dunia digital

🔐 Diharapkan, perkongsian ini mampu memupuk tabiat digital yang sihat serta membantu pelajar membuat pilihan lebih bijak di alam maya.

💬 Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak sekolah dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini terus menyemai kesedaran digital serta kesejahteraan berpanjangan buat generasi muda. 🌱