NADI Nanga Risau

Pada 14 September 2025, NADI Nanga Risau telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama golongan belia tempatan. Program ini dijalankan dari jam 9:30 pagi hingga 10:30 pagi dengan penglibatan 19 orang peserta belia serta dibimbing oleh 2 orang fasilitator iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus NADI Nanga Risau.

Sepanjang sesi, peserta telah mengikuti RSP Modul 4 dengan penuh semangat. Belia memberikan respon yang sangat positif, fokus dan aktif berkongsi pandangan. Melalui program ini, mereka berjaya memahami dengan lebih jelas tentang keselamatan digital, risiko penyalahgunaan internet tanpa kawalan serta kepentingan had perkongsian maklumat di media sosial.

Program ini bukan sahaja menambah ilmu, malah menggalakkan belia untuk menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan berhemah. 🙌💻

#KempenInternetSelamat #BeliaBijakDigital #NADINangaRisau