NADI Nanga Risau

Pada 12 September 2025, SK Ulu Budu telah menjadi lokasi penganjuran Program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan penyertaan seramai 35 orang pelajar. 👦🏻👧🏻✨ Sepanjang program, suasana penuh ceria dan semangat jelas terpancar daripada para peserta yang begitu aktif mengambil bahagian.

Program ini dibawakan oleh NADI Kluster Saratok & Kabong dengan sokongan para guru sekolah, bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, selamat dan beretika. 🙌📚

Selain pengisian tentang keselamatan digital, turut diadakan saringan kesihatan untuk warga sekolah, sebagai salah satu usaha memastikan kesejahteraan menyeluruh pelajar dan komuniti sekolah. 🩺✨

Antara topik dan aktiviti yang dikongsikan:
✅ Literasi digital asas
✅ Had umur penggunaan media sosial
✅ Risiko serta bahaya media sosial
✅ Alternatif sihat dalam penggunaan media sosial

🔐 Melalui perkongsian ini, diharap pelajar dapat membina tabiat digital yang sihat, di samping mampu membuat pilihan yang lebih bijak di alam maya.

💬 Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat. Semoga usaha ini terus menyemai kesedaran digital dan kesejahteraan berterusan buat generasi muda. 🌱💻