| TARIKH | 31 JULAI 2025 |
| MASA | 9.30 PAGI – 11.30 PAGI |
| LOKASI | SK LUBOK KEPAYANG |
Pada 31 Julai 2025, telah berlangsung Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Lubok Kepayang, dengan penyertaan seramai 27 orang pelajar yang aktif dan penuh semangat sepanjang sesi. ![]()
![]()
![]()
Program ini dikendalikan oleh NADI Kluster Saratok & Kabong, dengan sokongan padu daripada barisan guru-guru sekolah yang turut serta menjayakan usaha mendidik generasi muda tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. ![]()
![]()
Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan topik berkaitan penggunaan internet secara selamat dan beretika, antaranya:
Aktiviti berkaitan internet seperti TV & media digital
Hak dan tanggungjawab pengguna internet
Literasi digital
Had umur penggunaan media sosial
Bahaya dan risiko media sosial
Alternatif sihat kepada penggunaan media sosial
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi celik digital yang mampu membuat pilihan bijak di alam maya, selaras dengan cabaran dunia teknologi masa kini.
Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat atas kerjasama dan sokongan penuh. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat membentuk amalan digital yang lebih sihat dan selamat dalam kalangan pelajar. ![]()
![]()























